Konvoi Fast Biker Club Dan Reappear Motorcycles Club ke Melaka Sempena Kempen Jom Shoppp@Melaka
April 18, 2021Baru-baru ini seramai 40 bikers daripada Fast Bikes Club dan Reappear Motorcycles Club bersama rakan-rakan media dan bloggers telah ke Melaka sempena Kempen Jom Shopp@Melaka.
Kempen Jom Shopp@Melaka ini telah dilancarkan oleh Exco Pelancongan dan Kesenian Negeri Melaka iaitu YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis bersama Pengarah Urusan A Famosa dan juga Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka (BPP). Kempen Jom Shopp@ Melaka ni bertujuan untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang terdapat di Melaka disamping memberi diskaun-diskaun yang hebat sejajar dengan tema "Melakan Visit Melaka" Acara Flag Off telah dilepaskan sebagai gimik pelancaran ini yang diriingi oleh semua peserta konvoi.
Setelah itu semua peserta konvoi Fast Bikers Club dan Reapear MC dibawa melawat beberapa lokasi menarik yang terdapat disekitarnya.
Firefly
Magical Light Show
Peserta
Fast Biker Club dan Reaper MC dan rakan media seterusnya dibawa ke Firefly
Magical Light Show yang menggunakan teknologi interaktif seni digital tertutup
yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pameran ini akan berlangsung sehingga 1
April 2022 dengan tiket kemasukan RM 28( Dewasa) dan RM 15(
Kanak-kanak)
Penulis diruangan utama Firefly
Taman
Tema Air
Lawatan
seterusnya ke Taman Tema Air yang sememangnya menjadi tarikan utama di A Famosa
Resort ini. Menempatkan 11 jenis permainan air seperti Wahaha, Big Ice Cream ,
Lazy Water dan pelbagai lagi dibawah 150 ekar keluasannya.
Para peserta dihadapan Taman Tema Air
Sesi Lunch..
Group Photo Bersama EXCO
Safari
Wonderland
Menempatkan
150 spesis haiwan di dalam keluasanan 180 ekar merupakan pengalaman baru bagi
peserta konvoi . Para peserta tutut disajikan dengan 3 pertunjukan haiwan, 1
pertunjukan Wild Wild West serta 8 zon haiwan. Disini aktiviti wajibnya aalah
menaiki Truck Safari bagi melihat habitat haiwan, gajah , hyppo,
zirafah dan pelbagai lagi haiwan yang terdapat disini.
Bagi
harga tiket kemasukan Taman Tema Air dan Safari Wonderland adalah RM
30 seorang dan ianya sah sehingga 31 Mei 2021 dan bagi pemegang IC 04 iaitu
anak Melaka sejajar dengan teman " Melaka Visit Melaka".
Acara pembukaan lawatan
Group Photo selepas Wild West Show
Galeri Kraft
Melaka
Seterusnya
Peserta konvoi dibawa ke Galeri Kraft Melaka Ayer Keroh bagi melihat sendiri
demontrasi kraf Melaka seperti ukiran kayu, ukiran Aluminium, Kasut Manik,
Permainan Gasing dan pelbagai lagi. Malahan terdapat juga promosi harga menarik
ditawarkan di Galeri Jualan mereka ditingkat bawah. Kemasukan adalah PERCUMA.
0 comments