Siasitok Sign Language AR Flash Card dengan Teknologi 3D oleh yang pertama DI DUNIA bantu atasi belajar bahasa isyarat.

March 15, 2023



Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Siasitok atau kad Imbas Flash Card Sign Language AR 3D yang pertama didunia . Bagi membantu masalah komunikasi dengan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) seperti masalah pendengaran mahupun masalah percakapan. Ianya telah diadakan di The Shore Melaka pada 13 Mac 2023 yang telah rasmi disempurnakan oleh Wakil Pihak TERAJU bersama Pengasas Siasitok Sign Language iaitu Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar.

Latar Belakang Siasitok.

SIASITOK Sign Language dihasilkan daripada idea Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar, 39 berasal dari Kuching, Sarawak. Di sekitar tahun 2015, beliau bertemu dengan rakannya yang kurang bernasib baik. Salah seorang ahli keluarga rakan tersebut adalah Pekak dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama keluarganya. Encik Awang menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan pergerakan bahasa isyarat bagi memudahkan pembelajaran keluarga rakannya serta membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih sempurna.

Dengan pengalaman lebih 13 tahun sebagai fasilitator, penggerak, penceramah, sukarelawan, curator, jurulatih, penolong jurulatih, wataniah, program angkasawan, eksekutif konsultan, perancang kewangan, jurugambar, entrepreneur, perancang strategic dan mentor usahawan, Encik Awang memperkenalkan satu produk Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard supaya dapat mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mudah, seronok dan berkesan.

 

 

Antara kepentingan bahasa isyarat dalam komunikasi ialah membantu mereka yang bermasalah pendengaran menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan sebanyak 90 % mereka yang bermasalah pendengaran mengalami proses perkembangan berkomunikasi yang terbantut. Salah satu ciri mereka yang bermasalah pendengaran adalah kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Hal ini demikian berlaku kerana mereka ini mengalami simptom penguasaan bahasa komunikasi yang tidak jelas apabila masyarakat sekeliling menggunakan bahasa lisan. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk memahami isi kandungan topik perbincangan yang dibincangkan. Akibatnya, mereka ini akan mengalihkan perhatian dengan  berangan dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perbincangan tersebut. Oleh itu, penguasaan bahasa isyarat dalam komunikasi bagi mereka yang bermasalah pendengaran dapat membantu proses perkembangan bahasa komunikasi mereka secara lebih responsif dan konsisten.

Selain daripada itu, komunikasi menggunakan bahasa isyarat mampu mengembangkan keupayaan mental mereka yang bermasalah pendengaran. 

Bahasa isyarat ini penting didalam komunikasi mereka yang bermasalah pendengaran kerana ia mampu meningkatkan interaksi sosial antara mereka dengan masyarakat sekeliling. Mereka yang bermasalah pendengaran boleh meningkatkan perhubungan dengan berkawan dengan orang yang senasib menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dalam komunitinya. 

Seperti membincangkan isu-isu yang timbul, bergurau senda, memudahkan komunikasi dan memberi pemahaman yang baik antara satu sama lain. Seterusnya, bahasa isyarat lebih mudah dipelajari dan digunakan sebagai bahasa komunikasi kerana mereka boleh menggunakannya pada kedudukan jarak jauh untuk berinteraksi dengan kawan dan keluarga mereka dengan belajar Siasitok Sign Language Flash Card ini.



Cara belajar Siasitok (AR) Sign Language Flashcard ini:-

  1. Sila ke laman web https://www.siasitok.com/ .
  2. Muat turun Apps Siasitok Sign language . Senarai Apps
  3. Apps hanya terpakai bagi pengguna Google Play.
  4. Terdapat 22 Modul Pembelajaran seperti Alam Sekitar, Pekerjaan, Makan dan Minum dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat Lanjut  Siasitok Sign Language Card ni korang boleh hubungi :

Website

Facebook / Instagram
SiasitokSignLanguage

Twitter
Siasitok1


You Might Also Like

0 comments

Adsense 3

Labels

Instagram