Sihat Cara Rasullah
March 19, 2023Kesihatan boleh dikategorikan kepada dua bahagian laitu Kesihatan secara jasmani (luaran dan kesihatan secara rohani (dalaman). Justeru, kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman merupakan komponen penting dalam mendapatkan kesihatan yang optimum agar kekal aktif, fit dan bersemangat untuk mendepani hari-hari mendatang.
Hakikatnya bagaimana Islam memandang dari sudut kesihatan terutamanya golongan wanita dan apakah panduan yang boleh disarankan kepada dalam menjaga kesihatan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk wanita menjaga kesihatan luaran dan dalaman mengikut cara Rasulullah S.AW.
Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan yang sihat adalah satu amanah dalam menjaga dengan Allah SWT, seperti mana yang terdapat mutiara kata " Akal yang sihat berada pada tubuh badan yang sihat ". la selaras dengan tujuan Islam mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara agama, akal dan jiwanya.
BANGUN AWAL SEBELUM SUBUH
Rasulullah menganjurkan kita untuk bangun awal iaitu sebelum masuknya waktu solat Subuh bagi melaksanakan amal ibadah yang mana antara lainnya mendapat limpahan pahala dan kesegaran tubuh badan serta memperkuatkan akal fikiran
TIDAK MAKAN SECARA BERLEBIHAN
Jangan bersikap berlebihan dalam makanan kerana ia merupakan perbuatan yang tidak dianjurkan dalam syarak.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
" Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.' (Al-A'Raf :31)
Rasulullah sendiri mengajak umatnya agar tidak berlebihan dalam makan dan minum. Baginda menyarankan untuk makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit, cukup beberapa suapan dengan kadar dapat menegakkan tulang belakangnya. Hal in seperti yang dijelaskan dalam hadis:
"Memadai untuk anak Adam itu beberada suadan makanan bagi menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadat). Namun jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian. Sepertiga perutnya disi untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernaías.
SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa menaga kebersihan dir. Setiap hari Khamis dan lumaar baginda akan merapikan rambut, memotong kuku dan memakai wang-wangian. "'Mandi pada hari lumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (HR Muslim)
BERJALAN KAKI
Rasulullah gemar berialan kaki untuk ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah para sahabatnya. Apabila berjalan kaki. badan akan berpeluh, bulu roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting kerana apabila badan mengeluarkan peluh, tahap stamina kita berada di posisi yang baik. Justeru perbanyakkan aktiviti berjalan kaki atau bersenam mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing.
BUKAN PEMARAH
Rasulullah menyarankan kita agar jangan marah kerana perbuatan itu tidak disukai Allah. Betapa penting sikap 'bukan pemarah' sampaikan baginda nasihatkan sebanyak tiga kali. Ini menunjukkan bahawa kekuatan seorang Muslim bukan terletak pada jasad semata-mata sebaliknya dada kesihatan iwa.
Terapi terbaik merawat perasaan amarah seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi dalam sabdanya:
"Marah itu berasal daripada Syaitan. Sementara Syaitan diciptakan daripada api dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika di antara kamu ada yang marah, maka segeralah berwuduk"
"Apabila ada di antara kamu yang marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Sekiranya kemarahan itu belum juga reda, maka berbaringlah." (HR Ahmad bin Hanbal)
POSITIF
Sentiasa bersikap positif kerana dengan memiliki keperibadian sebegini akan memberikan kesan emosional terhadap kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqomah, berusaha bersungguh-sungguh dan berserah diri kepada Allah.
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut dalam Islam bagi memperoleh ketenangan hati dan jwa. Dengan memaafkan orang lain membebaskan din kita darpada dihantui rasa dendam. Apabila sudah hilang rasa marah pada seseorang, otak dan minda kita juga akan lebih bebas dan sihat.
Sesungguhnya penjagaan kesihatan luaran dan dalaman itu sangat dititikberatkan kerana selain dapat mendidik jiwa, ia juga menjadikan kita insan yang lebih berakhlak mulia. Tentunya 'perhubungan' yang terjalin bukan setakat menjaga keharmonian dengan Allah tetapi juga dengan masyarakat sekeliling kita.
Sumber : Majalah RAPI
0 comments